Thursday, December 2, 2010

kEtEnTuAn iLaHi...

asslamualaikum semua... hihihi... harap sume kawan2 ku sehat lah hendaknye iyuppp... (mcm aku... hihihi...)..

malam ni aku terase mcm nk update r pulop blog aku ni...disenangkan cite lah, td siang mase aku keje... aku ada amik order kat satu family ni... (3 beranak r seng cite)... TAPI.. aku tgk anak dia tu down sindrom ... (sayu hati aku tgk anak tu...hurmm...)... tp aku suke tgk ibu kanak2 tu melayan budak tu dgn penuh perihatin walaupon aku rase umur budak tu sebaya dgn aku, sebab dh sama beso dh dgn aku...hihihi...( alhamdulillah dpt ibu mcm g2...mudah2an dikuatkan semangat ibu tu )

pernah tak korang terpikir... satu hari nnt biler korg kawin... hidup bahagia dgn suami atau isteri korg tp tibe2 dpt anak2 yg xsempurna mcm dpt penyakit down sindrom atau lembam atau kerencatan otak atau yg seumpama dgnnyee???? adakah korg akan bele anak tu dgn penuh tanggungjawab sbg seorg ibu atau ayah, atau memberi anak itu pd rumah masyarakat??? (tepuk dada tnyelah IMAN korg sume) mmg lah naluri manusia mahukan anak2 yg comel, qute, putih, gebu, tembam, TETAPI hari xselalu cerah... n dugaan yg dtg kat kite tidak tahu dlm bentuk mcm mane...

aku pon kdang2 ada menanyakan persoalan ini kepada rakan2 ku... n mcm2 jawapan yg kuar...hihihi.. ( bese r manusia.. mcm2 ragam...hihih...)... tp kebnyakkan jawapan yg kuar sumenye berbunyi "belalah anak tu... dh darah daging sendiri"... (betul gak eh tu...hihii)... tp honestly lah aku ckap dr dlm hati aku... kalau aku diuji oleh ALLAH dgn bende sebegini.. aku hanya dpt berdoa mudah2an diperkuatkan semangat aku utk membesarkan anak tu dgn sesesmpurna yg mungkin...mugkin aku ada wat dosa di mase silam aku n itu pembalasan yg wajar aku dpt...lagipon anak tu xdiminta pon utk lahir ke dunia ini dgn sebegitu rupe (hihihih... poyos betul r aku ni... jauh na pikir...hihihi... belajar pon xhbis lg... hehehe...)
kat bwh ni aku ada sertakan sekali sedikit fakta tentang penyakit sindrom down ni yup... yg aku dpt dr celah mane ntah kat tenet... hihihi... hopefully memberi sedikit maklumat yup!!!... selamat berkongsi...

Apa itu Sindrom Down?
Sindrom Down disebabkan kelainan pada kromosom. Kromosom adalah merupakan serat-serat khusus yang terdapat didalam setiap sel didalam badan manusia dimana terdapat bahan-bahan genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Bayi normal dilahirkan dengan jumlah 46 kromosom (23 pasang) iaitu hanya sepasang kromosom 21 (2 kromosom 21). Sindrom Down yang kerap terjadi ialah disebabkan oleh kelebihan kromosom 21 dimana 3 kromosom 21 menjadikan jumlah kesemua kromosom ialah 47 kromosom. Keadaan ini boleh melibatkan kedua-dua jantina (lelaki dan perempuan).
Apakah yang menyebabkan Sindrom Down?
Bagi ibu-ibu yang berumur 35 tahun ke atas semasa mengandung mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk melahirkan anak Sindrom Down. 95% Sindrom Down disebabkan oleh kelebihan kromosom 21. Keadaan ini disebabkan oleh "non-dysjunction" kromosom yang terlibat iaitu kromosom 21 dimana semasa proses pembahagian sel secara mitosis pemisahan kromosom 21 tidak berlaku dengan sempurna. Di kalangan 5% lagi kanak-kanak Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "Translocation". Keadaan ini biasanya berlaku oleh pemindahan bahan genetik dari kromosom 14 kepada kromosom 21. Bilangan kromosomnya normal iaitu 23 pasang atau jumlah kesemuanya 46 kromosom. Mekanisma ini biasanya berlaku pada ibu-ibu di peringkat umur yang lebih muda. Sebahagian kecil Sindrom Down disebabkan oleh mekanisma yang dinamakan "mosaic". Jadi, kesimpulannya, beranak lah selagi bole sebelum umur 35... hihihi...
                                            Apakah ciri-ciri Sindrom Down?
tp yg pling jelas selalu kite tgk pd fizikal mereka lah kan...contohnye mcm...
  • SIFAT PADA KEPALA, MUKA DAN LEHER (Mereka mempunyai iras muka yang hampir sama , Pangkal hidungnya kemek, Saiz mulut adalah kecil dan saiz lidah yang besar menyebabkan lidah selalu terjelir. Pertumbuhan gigi lambat dan tidak teratur. Paras telinga adalah lebih rendah. Kepala biasanya lebih kecil dan agak leper dari bahagian depan ke belakang. Lehernya agak pendek.)
  • SIFAT PADA TANGAN DAN LENGAN (mereka mempunyai jari-jari yang pendek dan jari kelingking membengkok ke dalam)
  • SIFAT PADA KAKI (Kaki agak pendek dan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua agak jauh terpisah dan tapak kaki.)
  • SIFAT PADA OTOT (Kanak-kanak Sindrom Down mempunyai otot yang lemah menyebabkan mereka menjadi lembik dan menghadapi masalah lewat dalam perkembangan motor kasar.)
  • MASALAH JANTUNG (Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang diantara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas.)
  • MASALAH USUS (1. Salur esofagus yang tidak terbuka (atresia) ataupun tiada saluran sama sekali di bahagian tertentu esofagus. Biasnya ia dapat dekesan semasa berumur 1 - 2 hari dimana bayi mengalami masalah menelan air liurnya 2. Salur usus kecil duodenum yang tidak terbuka. Keadaan ini disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Biasanya bayi akan mengalami masalah pada hari kedua dan seterusnya selepas kelahiran di mana perut membuncit dan susah untuk buang air besar.)
  • MASALAH PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN (Kanak-kanak Sindrom Down secara keseluruhannya mengalami kelewatan perkembangan dan kerencatan akal. Pada peringkat awal pembesaran mereka mengalami masalah lambat dalam semua aspek perkembangan iaitu lambat untuk berjalan, perkembangan motor halus dan bercakap. Perkembangan sosial mereka agak menggalakkan menjadikan mereka digemari oleh ahli keluarga. Mereka juga mempunyai sifat periang. Perkembangan motor kasar mereka lambat disebabkan otot-otot yang lembik tetapi mereka akhirnya berjaya melakukan hampir semua pergerakan kasar. )    
--> sesungguhnye anak itu ada lah kurniaan (rezeki) dr ALLAH S.W.T... dan ingatlah setiap kejadian yg berlaku itu pasti ada hikmahnye... terpulang pd diri kite bagaimana hendak mengolahnye....
 


2 comments:

  1. dulu kan dayun pernah fikir kalo dapat anak yg kurang normal cam down sindrom tu, yang dayun takut suami dan keluarga dia dapat terima tak, takut kita yang melahirkan ni disalahkan.erm

    btw, nampak cumil je gambar pakdin ngan farouk tu.huhu!

    ReplyDelete
  2. tau xpe... mintak2 r dijauhkan lah ye dayun... tp lau terdapat gak... redha aje r... mungkin anak tu esok yg tarik kite msuk syurga... sape tau...

    ->yeke cumil??? hahaha... thanksss...

    ReplyDelete