Monday, January 24, 2011

bErSyUkUrLaH...

assalamualaikum semua, panas sikit lah hari ni kat kuala pahang pekan ni, hehehe... tapi bersyukur, kerana masih diberikan nikmat matahari oleh ALLAH S.W.T.

hari ni, aku ada terbaca dekat surat khabar berita harian. berita utama dia sangat2 menyayat hati aku. kau orang semua dah baca ke belum??? kalau belum pergi baca dulu.

takpelah, biar aku cerita untuk kau orang lah... duduk diam2, pasang telinga. berita tu berkenaan dengan seorang sahabat kita, nama beliau muhammad hairuman yang berumur 22 tahun dah belajar di kolej sebuah kolej swasta.

kisah dia macam ni, satu pagi tu, kawan kita ni pergi kebun kelapa sawit, nak buang pelepah2 sawit yang dah rosak. tapi tanpa dia sedar, ada satu kabel elektrik yang terputus tersangkut dekat pokok sawit tu,  tapi malangnya kawan kita ni terkena renjatan elektrik.

kesian sangat aku tengok keadaan dia, dengan melecur, terlantar kat hospital, dahlah dia anak yatin piatu.... lebih menyedihkan lagi apabila doktor mengatakan yang kedua-dua belah tangannya perlu di potong kerana telah di jangkiti kuman... macam mane tu??? dengan pembelajaran dia kat kolej lagi... dahlah kolej swasta, mesti mahal kan yuran dia... kesian betul aku tengok.. aku harap sangat ALLAH S.W.T mempermudahkan kehidupan kawan kita ni pada masa akan datang... insyallah...

tiba2 kan aku rasa bersyukur sangat2 dengan apa yang ada dekat diri aku ni, walaupon tak seberapa, tapi aku bersyukur sangat kerana masih diberi kesihatan yang sangat2 berharga, dengan kesihatan yang tuhan berikan ini, aku dapat jogging petang2, main futsal dengan kawan2 aku, aku bersyukur sangat2... alhamdulillah!!!

jogging!!! aktiviti yg aku minat dan dah lama aku amalkan... since dr aku  umur 14 thun lg until now


tapi kan... kadang2 aku rase dunia ni memang tak adil... bukan aku nak cakap Maha Pencipta tak adil (berdosa tau), tapi entahlah, aku tengok dalam kehidupan hari2 aku, yang kaya, akan terus kaya dengan menindas orang yang susah, dan yang susah pulak asyik terus ditindas dan ditindas... apa pendapat kau orang semua??? setuju tak dengan aku???

cuma aku harap sangat, suatu hari nanti, insyallah kalau aku dah menjadi seorang yang berjaya, aku harap sangat tuhan tetapkan iman dalam diri aku, supaya aku tak mudah lupa diri dan sentiasa menolong dan membela nasib2 orang yang ditindas ini....INSYALLAH~~~

teruk kan keadaan kawan kita ni... sakit tu, mari lah kita sama2 berdoa supaya beliau cepat sembuh

24 comments:

  1. bagus tol entri ni..seyes ayat ko sedih...

    ReplyDelete
  2. kesian kawan awak tu.semoga dia tabah menghadapi semua ni..

    ReplyDelete
  3. salam syariffuddin...salam kunjungan balas..syiannya tgk keadaan pemuda tue!semoga dia tabah & tidak patah semangat.semoga ada insan diluar sana akan bersimpati & membantunya..insallh.

    ReplyDelete
  4. memang kesian pun...sedih sangat bila baca.....
    harap2 dia cepat sembuh

    ReplyDelete
  5. syapik: ....
    mamaafzal:harap begitu lah
    azatiesayang:walaikumsalam azatie, mudah2an begitu lah hendaknya
    eita:saya pon harap begitu gak

    ReplyDelete
  6. salam~ saya pun ade post tentang berita saudara hairuman yang terkini kat blog..SINI..dah potong dah tangannya..

    jangan lupa baca yang NI jugak ye~ :)

    ReplyDelete
  7. smoga beliau tabah hadapi dugaan ini..hmm

    ReplyDelete
  8. jom bntu mangsa ni,,

    http://luahan-hati-matika.blogspot.com/2011/01/marilah-sama-sama-membantu-meringankan.html

    ReplyDelete
  9. smoga dy cpt sembuh dan tabah...amin...

    ReplyDelete
  10. ishh..kesiannye..moga tuhan permudahkan la urusan pembelajaran dia...

    ReplyDelete
  11. semoga dia mendapat yang terbaik buat hidupnya n tabah menghadapi cubaan n dugaan hidup ..

    nyway , kadang kadang betul jugak , yang susah sering ditindas n yg senang semakin senang.. fenomena katakan.. tapi, tak sumenye gitu :)

    ReplyDelete
  12. kesian tngok naseb dia kn
    dlm paper baru2 ni,doc ckp myb kaki pun nk kena potong sbb nk elak jgkitan kuman..pe pun doa yg terbaik utk dia :)

    ReplyDelete
  13. baru ni kaki kanan die lak yang kena potong . kesian mmg kesian tapi dah takdir die kan , nak wat cmne . berdoa jela untuk die :)

    ReplyDelete
  14. Allah.. segala kuasa hanya di tanganMu, engkau sahaja yang mampu menyembuhkan dia. Amiinn..

    ReplyDelete
  15. kadang-kadang bukan tak adil wak. kita kena percaya qada dan qadar. mungkin kat dunia dia susah, kat akhirat dia yang paling senang masuk syurga.kite tak tahu kn :)

    ReplyDelete
  16. pilu pulak tgk keadaan kawan kita atas tu...
    Syukurlah kta masih dapat hidup d bumi Allah ini...Alhamdulillah =))

    ReplyDelete
  17. Allahuakbar.. sedih dan simpati sangat membaca dan melihatnya.. Bersyukur sgt dgn keadaan yg ada sekarang. semoga dia terus tabah menerima takdir untuk dirinya itu.. Semoga dia mendapat bantuan yg sewajarnya..

    ReplyDelete
  18. simpati tul ngan dia...
    bersyukurlah kita nih...

    ReplyDelete
  19. sadisnya tengok keadaan dia..
    >.<

    harap3 dia tabah

    ReplyDelete
  20. >::..Hadapilah dengan tabah dan doa..:<

    Salam Kenal Dari Kami :
    Blog Dasista | Blogger Tasikmalaya

    ReplyDelete
  21. sedih sgt tgk keadaan dia. allah panjangkan umur dia lagi.. smg allah selalu lindungi dia.. amin..

    ReplyDelete