Sunday, June 23, 2013

kEnDeRaAn YaNg BaNyAk BeRjAsA..


assalamualaikum dan selamat tengah hari kawan2 semua... dan selamat hujung minggu... hihihi... agak2nya apa program @ aktiviti kawan2 semua hujung minggu macam gini yup (tambahan sekarang tengah jerebut teruk) , memang duduk dekat rumah tengok tv dengan family ajelah eh... dan sama keadaan di KL ini, hari ni, aku bangun tido aje... ingatkan kabus...rupanya jerebu ditambah dengan bau asap yang kuat (memang teruk jerebunya)...

di waktu kelapangan ni... otakku ligat berpusing memikirkan apa yang hendak ditulis blog hari ni... dan akhirnya terlintas di fikiran aku tentang sebuah moto kapchai yang banyak berjasa bagi aku dari sekolah sehingga aku menjadi seorang engineer hari ni...

kenderaan yang aku maksudkan tu hanyalah sebuah motor honda wave 100 lama yang berusia hampir 8 tahun... lama kan... banyak sangat kenangan aku dengan moto ni... sebenarnya, moto ini pada asalnya arwah atok yang beli semasa aku tingkatan 4 dulu, dan setiap hari dengan moto inilah arwah atok aku mengambil dan menhatar aku ke sekolah sehingga aku habis spm... 

inilah motonya... cantik lagi kan macam moto baru... tengoklah sapa tuannya yang jaga...
selepas habis saja spm... aku menyambung pengajiaan aku ke matrikulasi N9 selama setahun, dan selepas itu ke uMP (universiti malaysia pahang) selama 4 tahun...

semasa aku di tahun 2 di uMP, arwah atok kesayangaan aku yang menjaga aku since aku darjah 6 meninggal dunia (dikesempatan ini, kite sama2 sedekahkan al-fatihah untuk arwah atok aku yup), selepas tu, aku terus bawak moto ni ke pahang, dan selama dua tahun moto ni di pahang... puas aku bawak dia jalan2 (termasuk telok chempedak dgn cherating)... hihii... dan yang paling best sekali, aku penah 2 kali raider moto ni dari Pekan, Pahang ke rumah aku batu pahat, Johor... hihihi... jauh tu moto ni jalan 6 jam non-stop, berhenti 2 kali untuk isi minyak jek pon masa tu... 

ada nampak x sticker JDT tu... xsabar nk g tgk final piala FA JDT-Kelantan hujung minggu ni...
kilat x... huhuu...kalau xcaye moto ni dah 8 tahun, g survey no. plat JJG kuar tahun biler... huhuhu
selepas tamat pengajiaan aku di uMP, aku mendapat pekerjaan di KL, dan lagi sekali moto ni berjaya membuat long-distance journey dia dari rumah aku batu pahat, johor ke KL selama 4 jam setengah lebih kurang... hihihi...

dan sehingga ke hari ini... khidmat moto ni masih ditagih untuk membawa aku ulang-alik dari ofis ke rumah sewe aku dan kelebihan aku pergi kerja dekat kl dengan menunggang moto... aku xpayah bersesak-sesak nak meredah jem untuk ke ofis... hihihi...

kenangan pahit??? hihihi... mestilah ada kenangan pahit aku dengan moto ni... accident banyak kali juga lah.. tp alhamdulillah, xde seteruk mana pon, dan kalau korang semua nak tahu, moto ni dulu juga hampir-hampir berjaya dicuri, tapi dengan tindakkan pantas, moto ni berjaya diselamat... 
baru basuh siap polish g... hihihi

satu2 benda yang aku kagum dekat moto ni, moto ni xpenah pon sekali pon menyusahkan hidup aku...engine moto ni xpernah ada masalah langsung atau leaking ke atau susah nak start ke walaupon agak ganas juga cara aku menunggng moto ni (dengan syarat maintenance kene jaga)... itu yang membuat aku makin sayang dekat moto ni dan aku xkan jual moto ni sampai bile2 sebab inilah moto atau BENDA TERAKHIR pemberian arwah atok aku untuk aku... 

sekian...
































Thursday, June 20, 2013

~~~KeRjA~~~


assalamualaikum & selamat sejahtera kawan2ku semua... :-) ... berhabuk betul dah blog aku ni eh setelah hampir 2 tahun tidak disajikan dengan entri2 terbaru... tiba2 hari ni... balik saja dari kerja, terasa pulak hendak menulis sedikit dan berkongsi cerita di blog ini... alhamdulillah masih diberikan nafas tuk bernafas sehingga ke hari ini ( walaupon udara dekat sunway ni berdebu teruk akibat construction)

sebenarnya banyak yang berubah selama hampir dua tahun ini dalam hidup aku... kehidupan aku sebagai seorang student telah pon hampir setahun berakhir... dan alhamdulillah, aku berjaya menamatkan ijazah sarjana muda kejuruteraan elektrik aku...selama 4 tahun aku bertungkus lumus di dalam pelajaran aku walaupon cgpa aku sederhana saja ( main kuat sangat time belaja ), di bawah ni, aku tampalkan sedikit gambar aku semasa konvokesyen aku tahun lepas... hahaha... 
bersama abg haikal... hihi... antara best friend aku semasa study lu walaupon berlainan  course...
sumber inspirasi aku... my lovely ayah dan ibu...
kawan2 kelas aku...semua dah jadi engineer skung... dr kiri adi, pehe, aku dgn khai

cukuplah tu sedikit coretan tentang konvokesyen aku dulu... hihihi... nak cerita banyak2 benda dah setahun lepas kan... huhuhu... by the way, lepas tamat saja study mestilah nak kerja yang bagus2 kan... dan alhamdulillah... tercapai dah sekarang cita2 aku untuk jadi engineer sekarang... pejam celik, pejam celik dah nak masuk 7 bulan aku kerja sebagai seorang engineer ( tapi x rasa macam engineer pon ).

aku sekarang bekerja di company jepun. nama company Sohwa Malaysia. dan kerja aku men-design PCB (dengan kata nama lain PRINTED CIRCUIT BOARD). kalau korang nak tahu apa tu PCB... dekat bawah ni aku ada letak contoh hasil kerja aku dan kawan2 officemate aku yang lain... check it out...
haah.. ini lah dia PCB.
tapi sebelum di manufacturing seperti di atas... aku kene lukis dulu PCB dalam computer... 

ini pulak desktop aku... tiap2 hari kerja mesti pening pale duk depan pc ni... hihihi...

eh lupe pulak nak berborak pasal tempat kerja aku lak kan... actually, suasana tempat kerja aku happening giler... sebab semuanya gile2 macam aku juga... 
ni r officemate aku yg sporting... semua muda2 g antara umur 23-27...  
ok lah... aku rasa cukup dah kot serba sedikit tentang perjalanan hidup aku selama hampir dua tahun ni... 
hopefully... aku akan mengecapi masa depan yang lebih cerah dari sekarang dan bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang... dan harap2 increment gaji tahun ni kaw2... dedicate khas tu konuma-san... my boss yang baik hati... kihkihkih... bye2 sume ... nanti senang2 aku update lagi yup cerita2 baru dan best... salam~~~