Saturday, June 28, 2014

JaPaN LiFe (part three-jalan2 sendai, Miyagi prefecture)


Assalamualaikum dan selamat menunaikan ibadah puasa ye korang semua... hehehe... korang2 puasa ke tak hari ni... (tepuk perut tanya iman...hahaha...) Alhamdulillah, dapat juga kite berjumpa dengan ramadhan kali ni yep, buatlah bersungguh2 untuk ramadhan kali ini, seperti ini adalah ramadhan yang terakhir untuk kita... bagi aku, sangat berbeza ramadhan kali ini kerana di sambut di bumi Japan... sangat2 berbeza...tidak semeriah ramadhan di malaysia, tapi aku tetap bersyukur kerana diberi peluang oleh ALLAH S.W.T untuk menunaikan ramadhan kali ini... Alhamdulillah...

owkey lah, nanti dah lama sikit puasa dekat Jepun sini, aku akan update pulak entry tentang suasana ramdhan di bumi Japan ni yup... tunggu tau...hehehe...untuk entry kali ini, aku akan bawak korang semua berjalan ke utara Japan, hehehe... suke tak suke tak... utara japan yang aku maksudkan ialah SENDAI, MIYAGI PREFECTURE, TOHOKU REGION.

Sendai ni terletak lebih kurang dalam 80 km dari tempat tinggal aku ni iaitu Fukushima, dalam 80km. Untuk ke Sendai dari Fukushima ni, ada 2 cara. Cara satu naik Shinkasen (shinkasen tu bullet train dalam Japan), tiket untuk pergi balik kalau naik shinkasen aku tengok dalam 5000 yen bersamaan RM 158.41. Cara kedua naik bus, tiket bus untuk pergi dan balik dalam 1900 yen bersamaan RM 60.20. So, kami decide naik bus jelah murah, hehehe... untuk pengetahuan korang semua sebenarnya, sebenarnya tak ada yang menarik sangat pon naik shinkasen ni, lebih kurang macam naik flight aje, ada pramugari bawak makanan jugak hehehe... cume cepat sampai kalau naik shinkasen, sebab aku dah pon naik Shinkasen dari Tokyo-Fukushima dengan masa perjalanan 1 jam 50 minit aje... tapi kalau naik bus Tokyo-Fukushima jadi 5 jam... hehehe... beze kan... laju tau Shinkasen dia...

haah... shinkasen yang aku naik tu warna hijau tu... style kan, laju tau

dari jarak dekat, kagum yang amat sangat sebenarnya, sebelum ni dengar aje... tapi tak sangka dapat naik...

ini dia tiket Shinkasen @ bullet train aku, untuk Tokyo-Fukushima, harga dia 8510 yen bersamaan RM 269.61. Mahal giler kan, naik flight Air-Asia dari KL ke sabah sarawak lagi murah kan... hehehe  
ok , kita sambung balik cite Sendai balik. Untuk pengetahuan korang semua, Sendai ni, adalah bandar yang telah dilanda Tsunami pada 3 tahun lepas iaitu 2011. Tak silap aku, berdasarkan pembacaan aku, Tsunami masa tu menggorbankan hampir 20000 orang. Dahsyat kan! !!! Tapi dengan kecanggihan negara maju ni, sekejap aja dia recover balik lepas Tsunami tu.

So. macam biasa, biarlah gambar yang berbicara... hikhikhik...
Sampai2 Sendai aje, kiteorang terus pergi pekene roti nan dengan gulai kambing, fuhhhh... puas hati, kalau korang nak tahu, dekat Japan ni, sangat2 susah nak jumpa makanan halal, so, hari2 pergi keje aku masak dan bawak bekal, Kalau malas nak memasak, aku singgah 7E beli shushi... hehehe...

Cross road yang besar jugak lah dekat Sendai...




yesszzaa... Sendai station

bergambar dengan housemate dan officemate Endo San dan Taira San sambil pegang maffla JOHOR, tahniah JDT menang liga super, tak ada peluang nak pergi tengok live... 
hahaha... akibat melayan kan karenah officemate Taira San, terhasil lah gambar ni, untuk wat kenang kenangan katanya...

bosan tunggu housemate pilih jam tangan, selfie sekeping dulu... hahaha
pasar basah yang ada dekat Sendai, memang serius murah2 barang2nya, kenapalah fukushima tak ada pasar basah macam gini, kan best, kalau korang tengok hasil laut seafood kat pasar basah ni, terkejut, besar2 ketam, sotong ikan semua... hehehe
macam biasa lah, Japan ni memang terkenal dengan kehebatan Vending Mechine mereka, banyak kan Vending mechine ni, kalah 7E kat malaysia, untuk pengetahuan korang gak, semua air2 dekat Japan sini sangat sangat sangat lah kurang manis, mula2 sampai dulu minum tension gak, semua air tawar jek, air coke pon nk zero calories, tapi dah lama2 sekarang ok dah... hehehe... healthy life...
ok lah... aku rasa cukup lah untuk cerita Sendai aku kali ini... hope korang enjoy dengan gambar2 dan info yang aku bagi sekali. Arrigato gozaimasu sebab sudi baca entry aku...
sayonara
Assalamualaikum...
:-)

Monday, June 23, 2014

JaPaN LiFe (part two-spring season)

assalamualaikum semua... hehehe... konbawa!!!! (konbawa tu selamat petang dalam bahasa jepun kalau korang nak tahulah). So, today is Monday, dan aku rasa hampir satu dunia tak suke langsung dengan hari Isnin...kan kan kan....bagi aku lah... hari Isnin ni sama dengan hari untuk bekerja dengan tahap kemalasan yang amat tinggi sekali, dan jumaat adalah hari paling rajin untuk bekerja, sebab hari jumaat aku akan habiskan kerje aku laju-laju dan balik rumah on time, dengar yep, ON TIME untuk berehat berehat dan berehat (itu pon kalau boss tak suruh OT).

S0, honjitsu (honjitsu = hari ini dalam japan), hehehe...seperti yang dijanjikan dalam entry yang lepas, aku akan meng-update entry aku kali ini berkisahkan tentang musim bunga @ spring sesson di sini. Sini tu jepun lah yep kawan2...

untuk pengetahuan korang, benda yang paling special masa spring sesson kat jepun ialah jeng jeng jeng... BUNGA SAKURA... memang serius lawa , cantik, superb... dan seumpama dengannye lah... aku bersyukur sangat2 kepada ALLAH S.W.T sebab diberi kesempatan ni untuk melihat keindahan ciptaan NYA... sangat2 cantik ... aku pon tak sangka dapat tengok depan mata, pegang sendiri, hidu sendiri... untuk pengetahuan korang jugak, rakyat tempatan sini pon tertunggu-tunggu dan agak jakun juga dengan musim bunga sakura walaupon diaorng ni dapat jumpa tiap2 tahun. .. SO, apatah lagi kejakunan aku yang TAK PERNAH langsung tengok depan mata, memang bersyukur sangat2... ALHAMDULILLAH...

ini lak nama garden sakura dekat bandar fukushima, bandar yang aku duduk, tengok r betul2 nama dia,
aku nak taip panjang sangat... hehehe

sebenarnya, aku dengan rumate aku menapak untuk ke sini dari rumah, dalam 40 minit jugak lah jalan... hehehe...
nak naik bus xtau ... kan sesat barat lak nanti


peace yo!!!

berlatar belakangkan gunung-ganang yang cantik...

agak comel gak r jejantas dia ni... hehehe

ini r rupenye bunga sakura kalau dilihat dengan dekat


cantik kan, tengok pak cik jepun tu pon jakun g tengok bunga sakura... hehehe

untuk pengetahuan korang, bunga sakura ni hanya kembang mekar selama 2 minggu sahaja, dan lepas tu gugur semua dan daun pulak yang tumbuh selepas tu... so memang tak hairan lah, kalau rakyat tempatan sendiri sini pon jakun tunggu bunga ni mekar tiap2 tahun... hihihi...

ok lah... sekian sajelah untuk entry aku kali ni yup, mata pon dah ngantok, dari balik keje tadi syiok jek main dota 2 dgn kawan2 malaysia (serius rindu giler dengan housemate2 rumah sewe kat KL tu)... apa2 pon aku rasa sangat2 bersyukur untuk pengalaman yang sangat2 berharga ni... hope korang enjoy lah yep tengok gambar bunga sakura ni...
terima kasih YA ALLAH...
ALHAMDULILLAH!!!!

Tuesday, June 17, 2014

JaPaN LiFe (part one-winter season)

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2 semua…. fuhhhhhHHHH!!!! Tiup sikit habuk…. Hahaha… dekat setahun dah tak berblog ni…. Tetiba hari ni terasa rindu pulak hendak menaip…

Nampaknya ini adalah first entry aku untuk tahun 2014 ini… yeahhhHHH…. Tepuk sikit tangan…. Ok lah… kite straight to the point ok… kali ini, aku nak cite pengalaman aku kat jepun ni… JEPUN???? Yesszaaa… dah hampir 5 bulan aku duduk menetap disini sebab aku kene kerja dekat sini…  untuk pengetahuan korang semua… sebenarnya aku di hantar ke sini selama 6 bulan untuk mendalami  design software (software yang aku guna sekarang untuk buat design PCB) … kalau korang semua tak tahu apa itu PCB… korang google aje r eh… hihihi… ponat pok cik nok menerangkan nanti…

First of all… aku nak cerita sikit tempat tinggal aku kat sini… rumah aku ni terletak di region Tohoku, iaitu Fukushima. Korang kalau nak tahu dekat mane tu Fukushima, korang ingat tak lagi 3 tahun lepas yang power nuclear station meletup dekat Jepun... haaa,, korang dah ingat kan, so rumah aku ni 60 km aje dr tempat kejadian itu... rumah dia kecik jek… tapi sebenarnya,nak kata rumah pon bukan rumah… sebab dalam ni…ada toilet, dapur, dengan ruang tidur sikit….senang cite macam bilik hotel yang muat2 untuk duduk dua orang… kat rumah ni, aku duduk berdua dengan seorang lagi officemate aku dari Malaysia juga… so, tak adalah sunyi sangat kan, nak cakap dengan jiran2, mereka 
ni tau pulak cakap English, memang aku cakap nihongo wakarimasen je r… hahaha
 
sebahagian jalan yang aku lalu setiap hari untuk ke pejabat, masa ni dah nak habis winter seasson,
salji pon dah sikit2 je turun


balik keje amik gambar sekejap, hihihi... korang nampak dlm gambar ni gelap macam dah malam kan, tapi sebenarnya masa ni baru pukul 5.30 petang, kalau dekat malaysia sama dengan pukul 8.30 malam,so, masa winter haritu, isyak kat Jepun pukul 5.30 petang... hihihi... kalau puasa kene masa ni best sangat kot,pukul 4,30 petang dah buke puasa tau....


pemandangan dari tingkap rumah aku, masa ni, nak bukak tingkap kejap pon dah gigil2,
duduk dalam rumah, diam2 bukak warmer kuat2... hihihi


haah, ini r depan rumah aku, masa ni, aku bangun2 pagi aje, penuh dah salji depan rumah aku ni, suhu masa nikorang tahu cecah sampai -8 darjah celcius tau...-8 tau!!! aku menapak pergi keje hari2 pulak dengan suhu -3 darjah cecius masa winter ritu...


dari angle lain lak, pemandangan dari rumah aku, hihihihi... tebal kan ais


nak sangat merayap lepas hujan salji, amik kau ais terus sampai betis, nak jalan pon susah


masa ni, first weekend baru sampai sini... xde pape keje weekend, merayap r walaupon sejuk... huhuhu


juga sebahagian jalan yang aku lalu tiap2 hari untuk ke pejabat


ini pulak, gambar first day nak pergi kerja haritu, sejuk sangat kot masa ni, walaupon baju dah habis tebal dah.

ok lah, sekian sahaja untuk entry kali ni, aku pon dah mengantuk, nak tidor dulu, esok keje bai, kalau korang nak tahu, jepun sini cepat dalam sejam setengah dari malasyia... next time kalau ada masa, aku akan sambung dengan musim bunga dekat sini pulak... mesti korang nak tengok kan BUNGA SAKURA... kihkihkih... so, kalau nk tgk, tunggu r yup next entry, ok selamat malam... assalamualaikum
konbawa...
oyasumi nasai... hihihi...