hari ni, aku ada terbaca dekat surat khabar berita harian. berita utama dia sangat2 menyayat hati aku. kau orang semua dah baca ke belum??? kalau belum pergi baca dulu.
takpelah, biar aku cerita untuk kau orang lah... duduk diam2, pasang telinga. berita tu berkenaan dengan seorang sahabat kita, nama beliau muhammad hairuman yang berumur 22 tahun dah belajar di kolej sebuah kolej swasta.
kisah dia macam ni, satu pagi tu, kawan kita ni pergi kebun kelapa sawit, nak buang pelepah2 sawit yang dah rosak. tapi tanpa dia sedar, ada satu kabel elektrik yang terputus tersangkut dekat pokok sawit tu, tapi malangnya kawan kita ni terkena renjatan elektrik.
kesian sangat aku tengok keadaan dia, dengan melecur, terlantar kat hospital, dahlah dia anak yatin piatu.... lebih menyedihkan lagi apabila doktor mengatakan yang kedua-dua belah tangannya perlu di potong kerana telah di jangkiti kuman... macam mane tu??? dengan pembelajaran dia kat kolej lagi... dahlah kolej swasta, mesti mahal kan yuran dia... kesian betul aku tengok.. aku harap sangat ALLAH S.W.T mempermudahkan kehidupan kawan kita ni pada masa akan datang... insyallah...
tiba2 kan aku rasa bersyukur sangat2 dengan apa yang ada dekat diri aku ni, walaupon tak seberapa, tapi aku bersyukur sangat kerana masih diberi kesihatan yang sangat2 berharga, dengan kesihatan yang tuhan berikan ini, aku dapat jogging petang2, main futsal dengan kawan2 aku, aku bersyukur sangat2... alhamdulillah!!!
![]() |
jogging!!! aktiviti yg aku minat dan dah lama aku amalkan... since dr aku umur 14 thun lg until now |
tapi kan... kadang2 aku rase dunia ni memang tak adil... bukan aku nak cakap Maha Pencipta tak adil (berdosa tau), tapi entahlah, aku tengok dalam kehidupan hari2 aku, yang kaya, akan terus kaya dengan menindas orang yang susah, dan yang susah pulak asyik terus ditindas dan ditindas... apa pendapat kau orang semua??? setuju tak dengan aku???
cuma aku harap sangat, suatu hari nanti, insyallah kalau aku dah menjadi seorang yang berjaya, aku harap sangat tuhan tetapkan iman dalam diri aku, supaya aku tak mudah lupa diri dan sentiasa menolong dan membela nasib2 orang yang ditindas ini....INSYALLAH~~~
![]() |
teruk kan keadaan kawan kita ni... sakit tu, mari lah kita sama2 berdoa supaya beliau cepat sembuh |